Friday, November 20, 2009

YDP Cameron Highland Meninggal Dunia


Ustaz Ahmad bin Ludin, Yang Di Pertua PAS Kawasan Cameron Highlands kembali ke rahmatullah pada Jumaat 20 November 2009, semalam. Beliau yang baru selesai memberikan kuliah sebelum solah Jumaat rebah berhampiran tempat wuduk sebelum masuk wamtu solat Jumaat di Masjid Kg Keledek, Bukit Betong, Kuala Lipis.
Beliau yg dilahirkan pada 28 Mei 1946 adalah anak jati Lipis dan merupakan lulusan Kuliah Abu Bakar di Pekan Pahang.

Beliau meninggalkan seorang balu dan 14 orang anak (11 lelaki dan 3 org perempuan). Semasa hayatnya pernah memegang pelbagai jawatan parti di peringkat Cawangan dan Kawasan Lipis sebelum Kawasan tersebut dipecah dua mewujudkan Kawasan Parlimen Cameron Hihghlands ekoran persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003. Beliau mengambil alih jawatan YDP PAS Kawasan Cameron Highlands daripada Allahyarham Ustaz Kassim Yahya yang berundur membeli laluan pada tahun 2007.

Badan Perhubungan PAS Pahang (BPPNP) merakamkan takziah kepada keluarga beliau dan berharap ahli keluarga dan seluruh ahli PAS Kawasan Cameron Highlands bersabar menghadapi ujian Allah untuk meneruskan perjuangan. BPPNP diwakili oleh Timbalan Pesuruhjaya, Dr Hamzah Jaafar dan Setiausaha Perhubungan Negeri, En. Roslan Zainal menziarahi jenazah dan keluarga beliau di Masjid Kg Keledek pada lewat petang semalam. Jenazah beliau disemadikan di perkuburan Islam Kg Keledek lewat malam.

PAS Pahang sesungguhnya kehilangan seorang tokoh pejuang yang amat komited, ikhlas dan banyak berkorban untuk jemaah Islam. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para syuhada.

1 comment:

muqollid said...

innalillahi wainna ilaihi roji'un..
sebagai seorang peniaga,dia juga seorang yang jujur...