Wednesday, June 17, 2009

Setiausaha PAS Lipis meninggal dunia

Thursday : 18 June 2009 | 9:31 am | admin

Setiausaha PAS Kawasan Lipis Haji Abu Hasan Mohamad kembali ke rahmatullah di Hospital Lipis malam tadi (Rabu, 17 Jun) dalam keadaan memeranjatkan semua pihak.

Menurut YDP Lipis, Ustaz Ishak Sat, Allahyarham sebelum itu sempat bersembahyang jamaah di surau berhampiran rumahnya. Allahyarham kemudiannya mengadu sakit dada dan kira-kira jam 8 malam anaknya menghantar ke hospital Lipis.

Kira-kira jam 8.45 malam beliau menghembuskan nafas terakhir. Abu Hasan, 57, ialah bekas kakitangan teknikal RTM Pahang, Kuantan.
Menurut sumber terdekat, Solat jenazah akan bermula jam 10.30 pagi ini di rumahnya di Kampung Relong dan jenazah dijangka akan dikebumikan sebelum waktu Zohor.

Sementara itu, pemergian Abu Hasan yang juga Pengarah ICT Negeri dan ejen Dana Takwa disifatkan oleh kakitangan pejabat Perhubungan amat mengejutkan kerana pada tengahari itu beliau masih menghubungi pejabat ini untuk mendapatkan nombor kad pengenalan Pesuruhjaya PAS Pahang bagi membuat permit ceramah.

Pada hari yang sama beliau masih mengfaks salinan pencarum baru Dana Takwa bagi kawasan Lipis.

Warga SidangOnline dengan ini mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama para syuhada dan solihin… amin.

No comments: